CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
if you don't like my tales...then,don't read it...FULLSTOP

05 May 2013

pru13 #inikalilah dah jadi #lainkalilah

Assalamualaikum
Nak ulas sikit je pasal PRU13 ni,tambahan saya tak mengundi pun tapi insyaAllah lima tahun lagi konfem saya turun padang untuk mengundi.
Dah habis musim kempen,election pun dah habis.
Mohon jangan ada fitnah jangan ada khianat untuk parti yang menang.
Tapi untuk yang ada mata hati bukan sekadar mata (eyes) untuk melihat.
Nilailah dan sedarlah,kadang-kadang manusia takkan bercakap tanpa sebab.

Ada yang kata pemimpin BN corrupt,tak beriman bukan apa.
Like seriously, have you ever seen them be the IMAM for any solat at any masjid?
I'm not saying mereka tak solat, just never seen to be the IMAM.
Tak kata nak suruh pergi snap pics mereka everytime they go to mosque or be the IMAM.
Cuma kalau they really pernah buat benda baik macam tu,akan banyak rumours dah tersebar.
Memang they all sibuk jalankan tugaskan untuk negara tapi takkan sampai tak ada masa langsung untuk berjemaah di masjid sekali sekala. Tok Guru Nik Aziz,Tok Guru Haji Hadi and ramai lagi MB boleh usung kaki ke masjid kenapa some of them tak boleh?
Setakat tiap kali solat jumaat rakyat tak hairan sebab tu memang kewajipan bagi setiap lelaki ISLAM.
Tak boleh jadi IMAM untuk rakyat,cuba jadi IMAM terbaik untuk keluarga dulu.
Nak tahu sebaik mana kamu didik ahli keluarga kamu,lihatlah agama,budi bahasa,akhlak,pemakaian anak isteri kamu.

Mungkin jugak pengajaran kepada pengikut dan penyokong parti itu sendiri supaya ubah diri sendiri dahulu ke arah lebih diredhai Allah.
Sebab saya tahu penyokong PAS pun ada yang solat tak cukup,akhlak tak jaga elok-elok.
Tak nak tuding jari ke arah orang lain,diri saya sendiri pun masih begitu.
Masih sedang berusaha memperbaiki diri dan belajar ilmu istiqamah dalam beriman kepada Allah.
Setakat pemimpin parti sahaja yang terkenal dengan keimanan dan keilmuannya tiada guna.
Lagipun

Apa-apa pun,keputusan dah ada, bangla dah datang,blackout pun dah berlaku.
Malaysia terselamat daripada pentadbiran DAP a.k.a cina yang menolak ISLAM.
Semua dapat bahagian masing-masing.

Yang penting,my negeri tersayang still under kepimpinan TGNA and i tak kisah even kelantan still mundur macam some people cakap.

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Allah juga tak akan membebankan sesuatu kaum melebihi bebanan yang sanggup mereka tanggung.
Put our trust in Allah and everything will be fine.
just don't ever put your trust 101% in human.

peace no war. harap maaf kalau ada yang tersinggung. lusa dah start kelas balik.end of PRU mood,back to study mood.

31 January 2013

Diari dari Hati bhg.1

       Seorang gadis yang kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Gombak sering teringat akan kisah silamnya yang penuh suka duka,tawa gembira serta tangisan kesedihan apabila dirinya bersendirian. Humaira bukanlah tidak menyayangi ibu kandungnya sendiri tapi entah mengapa dirinya tidak pernah bisa berbicara dengan tertib, sopan, teratur dan lemah lembut terhadap ibunya. Ibunya sering mengatakan perangai itu diwarisi Humaira daripada arwah ayah kandungnya, namun Humaira sendiri tidak pasti kerana dirinya tidak mempunyai sebarang memori mahupun kenangan bersama arwah ayahnya. Ibu dan ayahya bercerai ketika dia masih sseorang bayi kecil dan ayahnya hanya pernah datang menziarahinya sekali dua sahaja, itupun apabila ayahnya disahkan sakit. Rupa arwah ayahnya juga tidak Humaira ingati apatah lagi sikap ayahnya. Ketika Humaira berusia 6 tahun, ayahnya disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah tulang. Disebabkan tiada kenangan bersama ayahnya, Humaira seperti tiada perasaan dan terkedu apabila kawan-kawannya meminta maaf dan bersimpati apabila mengetahui bahawa Humaira merupakan seorang anak yatim yang sudah kehilangan ayah. Peninggalan ayahnya umpama tiada apa-apa makna terhadap dirinya, namun apabila bersendirian dan melihat kawan-kawannya bercerita serta bersembang dengan ayah masing-masing, dirinya terasa alangkah bahagia dirinya jika dia masih mempunyai seorang ayah untuk menyayanginya dan disayangi olehnya. Namun demikian, Humaira sedar bahawa setiap yang berlaku sudahpun ditakdirkan oleh Allah s.w.t dan dia harus menerima semuanya dengan redha. Dia selalu mengingatkan dirinya bahawa masih ada insan yang lebih simpati berbanding dirinya iaitu insan-insan yang tidak sempat mengenali ibu ayah mereka sejak dari mereka dilahirkan. Humaira masih dikira beruntung kerana dia masih mempunyai ibu, nenek, emak-emak dan bapa-bapa saudara, sepupu-sepupu serta rakan-rakan di sekeliling hidupnya. Namun begitu, masih ada satu lagi yang perlu dicari dan dijejaki olehnya iaitu pusara arwah ayahnya kerana dia berharap dia sempat menziarahi pusara ayahnya sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini. Dia berharap apabila sudah habis belajar, bekerja dan mempunyai kenderaan sendiri, dia dapat menjejaki pusara yang tidak pernah diketahui di mana letaknya itu. Walaupun tidak mengenali ayahnya tetapi kasih sayang itu tetap dirasakan mengalir di setiap aliran darah di dalam tubuhnya. Maka, kerana itu juga dia tidak pernah melupakan doa untuk arwah ayahnya setiap kali usai solatnya seperti mana dia mendoakan kesejahteraan dan kesihatan hidup ibunya yang jauh di mata. Humaira juga sering keliru dengan perhubungannya dengan adik-beradiknya yang lain yakni anak-anak arwah ayahnya bersam dua lagi isteri lain selain ibunya. Dia sering mengingatkan dirinya bahawa dia masih mempunyai dua orang abang, seorang kakak dan dua orang adik walaupun dia tidak pernah berhubung serta bersua muka dengan mereka, apatah lagi mengenali kesemuanya. Sebagaimana harapannya untuk menjejaki pusara ayahnya, begitulah juga hasratnya untuk mencari dan mengenali adik-beradiknya itu suatu hari nanti jika diizinkan Allah s.w.t.
      
      Humaira tidak pernah merasa hidup di rumah sendiri ataupun memiliki bilik untuk dirinya sendiri sahaja kerana sejak dilahirkan, Humaira dijaga oleh ibunya dan menetap di rumah ibu saudaranya yang merupakan kakak angkat ataupun sepupu kepada ibunya sehingga dia boleh berjalan. Kemudiannya, dia dan ibunya tinggal pula bersama-sama neneknya dan emak saudaranya di kampung sehingga habis tadika apabila dia dan ibunya terpaksa memberi ruang biliknya untuk keluarga emak saudaranya yang berpindah balik ke kampung. Humaira dan ibunya kembali menetap di rumah ibu saudaranya serta menghabiskan zaman sekolah rendahnya di sana sebelum dia kemudiannya ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama di bandar. Ketika usianya sepuluh tahun, ibunya memilih untuk mencuba nasib mencari rezeki di negeri lain yang jauh daripada kampung kelahirannya dan meninggalkannya dalam jagaan ibu saudaranya. Ibunya hanya pulang jika ada cuti-cuti perayaan, disebabkan itulah hubungan Humaira dan ibunya dirasakannya mula merenggang dan semakin lama semakin kekok untuk berkomunikasi dan berkongsi cerita bersama ibunya. Kehidupan Humaira semakin hari dirasakan semakin sulit apabila ibu dan pak longnya berselisih faham ketika dia mula-mula memasuki tingkatan satu dan dirinya turut merasa bersalah kerana perselisihan tersebut terjadi kerana dirinya. Semenjak itu, hubungan mesra Humaira dan pak long juga semakin lama semakin menghilang sehingga menyebabkan Humaira kekok untuk bercakap dengan pak longnya sehingga ke hari ini. Humaira juga keliru dan tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan dalam hal tersebut kerana ibunya juga silap apabila berani menjawab dan bertegang urat dengan pak longnya yang sudah ibunya tahu mudah panas baran. Sehingga ke saat ini, Humaira sering menitiskan air mata apabila terkenang kembali bagaimana derasnya air mata ibunya mengalir sekembali ibunya dari rumah pak longnya. Kedua-dua insan yang penting dalam hidupnya bertengkar dan Humaira keliru sendiri bagaimana dirinya yang belum matang waktu itu ingin menyelesaikannya. Ingin dia bersuara namun bimbang dikatakan menyibuk dan tidak memahami urusan orang-orang tua. Bermula daripada peristiwa itu, Humaira menjadi manusia yang lebih senang berdiam diri dan mengalah jika terjadi sesuatu perbahasan dan perbualan sama ada dalam kalangan keluarganya mahupun rakan-rakannya. Selain itu, dia juga menjadi seorang yang pemalu dan takut-takut untuk bermanja,bermesra dan bercakap dengan sepupu-sepupunya sedangkan sewaktu kecil dia sering bermanja dengan sepupu-sepupunya kerana dia tidak mempunyai adik beradik seibu sebapa yang lain.
      
       Di sekolah menengah, Humaira tinggal di asrama dan pulang dua minggu sekali ke rumah neneknya. Humaira rasakan hidup di sekolah dan di asrama bersama kawan-kawannya lebih menyenangkan dan menggembirakan dan boleh melupakan masalah yang berlaku dalam keluarganya. Pada awal persekolahan, pak longnya dan abang sepupunya yang menjemput dan menghantarnya ke asrama, namun sebulan dua kemudian Humaira mula belajar berdikari apabila merasakan hidupnya sering membebankan orang lain. Humaira pergi dan balik ke asrama dengan menaiki bas. Keadaan itu menyebabkan Humaira sering membuat keputusan sendiri sama ada ingin pulang ke rumah neneknya ataupun ke rumah ibu saudaranya yang menjaganya sewaktu dia bersekolah rendah. Sememangnya dia lebih gemar ke rumah ibu saudaranya kerana di sana dirasakan lebih selesa dan dia lebih terbuka dan senang berkongsi cerita dengan ibu saudaranya dan sepupu-sepupunya di sana berbanding sepupu-sepupunya di kampung neneknya. Humaira juga lebih senang mempelawa rakan-rakannya ke sana berbanding ke rumah neneknya. Sehingga ke hari ini, walaupun Humaira sudah berada di menara gading, dia masih memilih untuk berada lebih lama di rumah ibu saudaranya berbanding rumah neneknya jika dia pulang untuk bercuti semester. Namun begitu, Humaira juga bimbang neneknya terasa hati kerana dia terlampau jarang pulang ke kampungnya. Bagaimana ingin difahamkan nenek dan ibu saudaranya yang lain bahawa dia lebih gemar pulang ke tempat di mana dia menjalani zaman sekolah rendah kerana dia lebih tenang dan selesa di sana untuk berkongsi cerita dan bukanlah berkait dengan kedaifan mahupun kemewahan sesuatu tempat itu. Humaira tahu ibu saudaranya yang lain sering mengadu dan memarahi ibunya kerana dia lebih suka menghabiskan masa di sana. Apa yang membuatkan hatinya tidak senang apabila perkara tersebut tidak diajukan terus kepadanya sebaliknya menyalahkan ibunya. Jika sewaktu dia masih kecil, dia mungkin boleh menerima semua itu namun sekarang dia sudah besar dan sebolehnya dia ingin menjadi seorang anak yang bisa mempertahankan ibunya daripada segala tuduhan yang tidak benar kepada ibunya. Namun demikian, Humaira tahu dia bukanlah seorang anak yang punya keberanian yang jitu di hadapan ahli keluarganya yang lain, berlainan dengan dirinya di sekolah dan di universiti yang senang mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya sehinga rakan-rakannya mengatakan dia seorang yang panas baran dan kasar.


p/s : tak tahulah ada orang nak baca ke tak entri saya yang ni sebab terlebih panjang berbanding entri-entri lain tapi saya tetap akan sambung entri ni nanti. Itu saya pasti. Menjadi tak percubaan saya untuk menjadi seorang penulis? hehe..peace yo!!!!                              

30 January 2013

TV3 HARI INI

Sememangnya tv3 memang medium perantaraan ameno untuk mengelirukan rakyat namun apakan daya rakyat sekarang semua terdiri daripada bijak pandai. Modal insan kelas pertama la katakan.Di kaca TV3 lah kita boleh melihat segala kebaikan,manfaat yang ameno curahkan kepada bangsa,negara kononnya. Kepulangan Dato' Jib ke tanah air dari tanah Palestin dirai bagai nak rak sedangkan dia ke sana hanya berapa lama,lainlah jika dia ke sana selama dua tiga minggu.Namun aku tahu,niat dia baik ke sana,amalkanlah HUSNUDZON(berbaik sangka). Tapi bagi aku Harry Fear yang non-muslim tu lagi patut dirai dan dibangga dengan liputan yang dia buat di Palestin dan disebarkan ke negara-negara lain.

Malam ni sahaja TV3 menunjukkan kredibiliti mereka apabila mempersoalkan sekecil-kecil masalah di setiap 5 buah negeri yang diterajui pembangkang sehingga dilihat sebagai masalah besar. ditambah lagi dengan isu pihak polis yang mencari parents yang membawa anak-anak ke himpunan pakatan rakyat hari tu. Apakah? Oh lupa, anak-anak boleh dibawa ke konsert-konsert dan karnival-karnival je kot. Aku bukan nak cakap bahawa ameno ni corrupt tapi pemimpin-pemimpin tertinggi dan atasan ameno yang banyak membuatkan rakyat melihat pengikut serta penyokong ameno juga corrupt sedangkan segelintir atau kebayakan daripada mereka berakhlak mulia, baik dan merupakan hamba Allah yang taat. Mungkin kerana ada segelintir daripada pihak atasan itu alpa dan leka dengan kemewahan serta kesenangan mereka di dunia ini sehingga tidak sedar bahawasanya hanya ALLAH SWT sahajalah pemerintah serta pentadbir yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Adil.

Jika entry aku kali ni dianggap menyebelahi PR dan memburukkan ameno, maaf dipinta kerana manusia itu mempunyai penilaian dan pandangan yang tersendiri. Aku juga tiada niat memuji pihak pembangkang kerana both ameno and PR aku rasakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang baik kita ambil jadikan tauladan, yang buruk sila buang dan jernihkan kembali jika boleh, melalui taubat kepadaNya. Perbuatan yang salah kalau tak dibalas di dunia nescaya dan pasti balasan itu akan diperolehi  di akhirat nanti jika tidak bertaubat sebelum maut menjemput. Yakinlah terhadap janji ALLAH.

Perihal isu kalimah ALLAH juga aku rasa tidak perlu digembar-gembur terlalu melampau melalui media sehingga satu keputusan daripada pandangan majoriti ahli ulama' dari Malaysia dan juga antarabangsa dapat dicapai. tapi kalau ikut aku lah,apa yang aku ingat dulu ada seorang ustaz yang mengajar aku bahasa arab dekat asasi cakap tak salah non-muslim nak guna kalimah Allah sebab Allah SWT merupakan nama tuhan sekalian alam dan juga semua makhluk , bukan tertakluk kepada orang ISLAM sahaja. Hal ini kerana dalam Al-Quran, kalimah Allah merujuk kepada tuhan kami. Namun yang menjadikan kalimah ALLAH itu menjadi satu persoalan serta kebimbangan untuk diguna dalam kalangan non-muslim adalah kekeliruan dan kecelaruan pemahaman mereka tentang ALLAH. Seperti yang kita sedia maklum setiap agama mempunyai pemahaman dan juga nama tersendiri yang diguna pakai sebagai tuhan mereka. Dan lagi buruk jika kalimah Allah itu dikeji mereka. Kita hanya boleh menasihati dan memberikan penerangan sebaik dan sebetulnya kepada mereka jika ingin menggunakan kalimah ALLAH. Penerangan dan pencerahan boleh dilakukan secara terbuka beramai-ramai ataupun setiap daripada kita yang beragama ISLAM sendiri boleh melakukannya secara individu kerana setiap muslim adalah da'ie.


sekian.ini semua hanyalah pandangan daripada pemikiran seorang insan yang belum cukup ilmunya jika dibandingkan dengan mereka yang lebih pakar.aku hanya menyuarakan pendapat daripada dalam diri ini untuk dikongsi bersama-sama.

p/s : Ilmu itu perlu dicari dan dipelajari kemudian dipraktikkan dengan cara yang betul, daripada sumber yang benar jika hendak menyusuri jalan kebenaran dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Wallahua'lam.