CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
if you don't like my tales...then,don't read it...FULLSTOP

30 January 2013

TV3 HARI INI

Sememangnya tv3 memang medium perantaraan ameno untuk mengelirukan rakyat namun apakan daya rakyat sekarang semua terdiri daripada bijak pandai. Modal insan kelas pertama la katakan.Di kaca TV3 lah kita boleh melihat segala kebaikan,manfaat yang ameno curahkan kepada bangsa,negara kononnya. Kepulangan Dato' Jib ke tanah air dari tanah Palestin dirai bagai nak rak sedangkan dia ke sana hanya berapa lama,lainlah jika dia ke sana selama dua tiga minggu.Namun aku tahu,niat dia baik ke sana,amalkanlah HUSNUDZON(berbaik sangka). Tapi bagi aku Harry Fear yang non-muslim tu lagi patut dirai dan dibangga dengan liputan yang dia buat di Palestin dan disebarkan ke negara-negara lain.

Malam ni sahaja TV3 menunjukkan kredibiliti mereka apabila mempersoalkan sekecil-kecil masalah di setiap 5 buah negeri yang diterajui pembangkang sehingga dilihat sebagai masalah besar. ditambah lagi dengan isu pihak polis yang mencari parents yang membawa anak-anak ke himpunan pakatan rakyat hari tu. Apakah? Oh lupa, anak-anak boleh dibawa ke konsert-konsert dan karnival-karnival je kot. Aku bukan nak cakap bahawa ameno ni corrupt tapi pemimpin-pemimpin tertinggi dan atasan ameno yang banyak membuatkan rakyat melihat pengikut serta penyokong ameno juga corrupt sedangkan segelintir atau kebayakan daripada mereka berakhlak mulia, baik dan merupakan hamba Allah yang taat. Mungkin kerana ada segelintir daripada pihak atasan itu alpa dan leka dengan kemewahan serta kesenangan mereka di dunia ini sehingga tidak sedar bahawasanya hanya ALLAH SWT sahajalah pemerintah serta pentadbir yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Adil.

Jika entry aku kali ni dianggap menyebelahi PR dan memburukkan ameno, maaf dipinta kerana manusia itu mempunyai penilaian dan pandangan yang tersendiri. Aku juga tiada niat memuji pihak pembangkang kerana both ameno and PR aku rasakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang baik kita ambil jadikan tauladan, yang buruk sila buang dan jernihkan kembali jika boleh, melalui taubat kepadaNya. Perbuatan yang salah kalau tak dibalas di dunia nescaya dan pasti balasan itu akan diperolehi  di akhirat nanti jika tidak bertaubat sebelum maut menjemput. Yakinlah terhadap janji ALLAH.

Perihal isu kalimah ALLAH juga aku rasa tidak perlu digembar-gembur terlalu melampau melalui media sehingga satu keputusan daripada pandangan majoriti ahli ulama' dari Malaysia dan juga antarabangsa dapat dicapai. tapi kalau ikut aku lah,apa yang aku ingat dulu ada seorang ustaz yang mengajar aku bahasa arab dekat asasi cakap tak salah non-muslim nak guna kalimah Allah sebab Allah SWT merupakan nama tuhan sekalian alam dan juga semua makhluk , bukan tertakluk kepada orang ISLAM sahaja. Hal ini kerana dalam Al-Quran, kalimah Allah merujuk kepada tuhan kami. Namun yang menjadikan kalimah ALLAH itu menjadi satu persoalan serta kebimbangan untuk diguna dalam kalangan non-muslim adalah kekeliruan dan kecelaruan pemahaman mereka tentang ALLAH. Seperti yang kita sedia maklum setiap agama mempunyai pemahaman dan juga nama tersendiri yang diguna pakai sebagai tuhan mereka. Dan lagi buruk jika kalimah Allah itu dikeji mereka. Kita hanya boleh menasihati dan memberikan penerangan sebaik dan sebetulnya kepada mereka jika ingin menggunakan kalimah ALLAH. Penerangan dan pencerahan boleh dilakukan secara terbuka beramai-ramai ataupun setiap daripada kita yang beragama ISLAM sendiri boleh melakukannya secara individu kerana setiap muslim adalah da'ie.


sekian.ini semua hanyalah pandangan daripada pemikiran seorang insan yang belum cukup ilmunya jika dibandingkan dengan mereka yang lebih pakar.aku hanya menyuarakan pendapat daripada dalam diri ini untuk dikongsi bersama-sama.

p/s : Ilmu itu perlu dicari dan dipelajari kemudian dipraktikkan dengan cara yang betul, daripada sumber yang benar jika hendak menyusuri jalan kebenaran dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Wallahua'lam.

0 comments: