CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
if you don't like my tales...then,don't read it...FULLSTOP

26 September 2012

political moral and behaviour

Assalamualaikum saya ucapkan kot-kot ada yang terbaca entry ni....eheh,tajuk tu bunyi dah macam topik dalam subjek politikal sains dah saya rasa.
Tajuk tu sebenarnya terpikir untuk assignment UNGS 2050, tapi dah alang-alang sekarang ni kat UIA ni banyak sangat isu-isu hot dan sensasi berkaitan PRK yang kononnya perlukan re-election sebab undian sebelum ni ada masalah teknikal..saya pun dah keliru nak percaya yang mana betul yang mana salah.Maklumlah, saya tak pergi pun mengundi hari tu, malas nak beratur panjang-panjang..

aku keliru, menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju
rasa resahku kian celaru
dengan PRK dalam U
(ini lagu bunkface versi aku)

sempena pelbagai pandangan serta rungutan yang saya lihat dan baca dalam IIUM online, iaitu salah satu group dalam FB yang popular dalam kalangan pelajar-pelajar UIA....saya terasa terpanggil untuk tujukan sebuah lagu yang saya tengah dengar dan dapat ilham nak tulis post ni....ekekekeke...from IN-TEAM : akrab persahabatan.


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua 
saya pon tak tahu lagu ni ada kaitan ke tidak dengan PRK ni, tapi satu yang saya tahu lagu ni tentang ukhuwah dan persaudaraan sesama MUSLIM dan MUSLIMAH. Mungkin lagu ni lebih ditujukan untuk tujuan bersahabat tapi.....biarlah dah ni daripada pandangan saya...haha...tengok which line yang saya highlight tu...sebabkan dendam, hasad dengki, tamak dan lain-lain yang sewaktu dengannya maka terjadilah kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.Kemudian mengundang kepada fitnah dan curiga masyarakat. Individu yang difitnah dan jugak pihak-pihak yang terlibat jugak pasti ada yang terasa hati atau mungkin tidak. Manalah tahu kot-kot depa semua tu hati kering, kosong je bak kata NAJWA LATIF....

segala kata cacian
 yang telah engkau berikan
buat hatiku rasa kosong kosong
ohh ohh

tak kurang juga ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kasar dan berbaur kurang ajar dek kerana dok ikot rasa marah dan geram yang mungkin jugak boleh menyebabkan perpecahan dan perpaduan masyarakat yang terbabit dengan UIA tidak kira pelajar, pensyarah, staff, security guards dan jugak pihak pentadbiran...mak cik-mak cik cleaner mungkin jugak boleh join sama. 

dah takde apa la kot yang saya nak kata, modal lagu pun dah takde ni. Apa-apa pun, yang penting jangan sampai UIA dipandang serong oleh masyarakat luar dengan pelbagai jenis kes yang telah berlaku sebab SAYA SAYANG UIA sebenarnya. 

re-election nanti saya pergi la kot mengundi...kehkehkeh...now, perlu buat research and siasatan sikit siapa yang patut dipilih....eheh... dah semua calon tu saya tak kenal, kang salah pilih kang ada jugak buat second re-election pulak....hahahaha....


 
gambar pro-M tu takde kena mengena pun sebenarnya, aku cilok kat internet je. haha..we love IIUM tu motifnya.







p/s : malam ni ada kelas parenting pulak dah....sayonara... 우리가 다시 만날 때까지

07 May 2012

AYAH

Salam semua, semoga sentiasa sihat dan ceria serta diiringi rahmat Allah S.W.T.....
Post kali ni saya nak bercakap tentang ayah. Kenapa??
Sebab kebelakangan ni saya selalu terfikirkan allahyarham ayah saya.
Seumur hidup saya tidak pernah tahu bagaimana rasanya dibelai, dipujuk, dimarahi seorang ayah.
Kalau orang tanya, "ayah kerja apa" or apa-apa sahaja berkaitan ayah, saya jadi kaku then saya akan cakap "ayah dah takde"......
Tiap kali kawan-kawan saya bercerita pasal ayah, tipu kalau saya katakan saya tidak pernah berasa sedih.
Tapi perlu ke saya tunjukkan depan semua orang bahawa saya sedih sebab tiada ayah, pengalam bersama ayah pun tiada. Depan mak saya sendiri saya tunjukkan muka gembira kalau mak saya cakap habit saya, pemakanan saya ikut allahyarham ayah saya. Saya hanya dapat gambarkan bagaimana ayah saya melalui diri saya sendiri. And i'm proud of that even mungkin ada orang akan pertikaikan kenapa perlu kenang atau bangga dengan ayah yang boleh katakan tak pernah ingat anak sendiri, tapi siapa kita untuk memperkatakan seseorang yang telah tiada di dunia ini. Saya tidak akan sekali-kali menidakkan takdir yang Allah dah bagi untuk saya dan mak saya, apatah lagi membenci allahyarham ayah saya sebab tinggalkan kami. Walaubagaimanapun, dia tetap ayah saya dan mungkin pertemuan serta kasih sayang kami tidak dapat ditunjukkan semasa di dunia tapi di akhirat sana, insyaAllah. Suatu hari nanti, saya harap sangat dapat ziarah kubur ayah saya dan doakan saya agar Allah permudahkan urusan saya menjejaki kubur ayah saya. Walaupun saya sedih sebab tak dapat nak rasa kasih sayang ayah kat dunia ni, saya masih bersyukur sebab Allah kurniakan saya seorang emak yang sangat baik and wonderful. 

p/s : untuk sesiapa yang ayah atau emak sudah kembali ke rahmatullah, sentiasalah doakan kesejahteraan mereka di sana.....untuk sesiapa yang masih berpeluang merasai kasih sayang ibu bapa, hargailah mereka dengan sebaiknya. 

*kalau saya ada gambar ayah saya, tentu saya dah letak kat sini.....but saya sendiri pun tak pernah kenal rupa ayah saya  =(

my dearest mom  =)

09 March 2012

gembira yang sekejap

hari ni aku nak tulis bahawasanya aku sudah berjaya membeli sebuah basikal untuk aku kayuh ke kelas dan bersiar-siar sekitar universiti aku dan aku sangat-sangat bahagia
aku membeli basikal bersama-sama dua lagi sahabat aku
kami berbasikal dengan riang ke kampus
tiba-tiba basikal kawan aku rosak dan aku tahu dia sangat sedih sebab kami baru beli basikal tu tak sampai sehari lagi
aku cuba meletakkan diri aku dalam situasi kawan aku
serius mesti aku rasa macam nak nangis walaupun yang rosak hanyalah sebuah basikal dan bukanlah sebijik audi,mazda ataupun wolkswagen
aku harap esok pak cik basikal tu boleh datang repair basikal kawan aku
kami masih ingin berbasikal
walaupun kami bertiga begitu gembira tadi tapi ianya hanyalah sekejap
kami harap apabila basikal tersebut telah dibaiki
kegembiraan kami akan berterusan serta diiringi dengan kesyukuran
itulah cerita aku untuk hari ini
sekian......


moral of the story: dalam hidup yang sementara di dunia ini,tak usahlah terlampau bergembira dengan apa yang kita ada kerana semuanya hanyalah sementara dan harus diingat akhirat itu yang abadi setelah kegembiraan yang kita nikmati sekejap cuma di dunia ini...bukanlah tidak boleh bergembira tetapi harus diiringi dengan rasa syukur yang tak terhingga kepada ALLAH S.W.T yang telah memberikan segala-galanya kepada kita dengan percuma tanpa apa-apa bayaran....yang penting kita cuma perlu mengikut apa yang disuruhNya dan menjauhi laranganNya...amin ya rabbal alamin

19 January 2012

kaulah sahabat, kawan, teman kaulah saudara

okeh..cuti-cuti hidup terasa sunyi dan teringat kepada sahabatku yang suka main sorok-sorok ngan aku kalau dia keluar ngan pakwe dia...maaflah cik nytt, bukan nak mengungkit tapi kenyataan kan???tapi sorok-sorok pon saya tahu jugak last2...hehe... so sweet

kamu semua nampak kan tajuk entry aku, so aku boleh cakap ni spesel entry dedicated untuk cik nytt lahh...cik nytt terharu tak???sebenarnya first2 dia masuk sekolah dulu, aku tak suka sangat kat dia tapi lama kelamaan kami boleh jadi kawan baik gitu....ni semua gambar2 aku ngan cik nytt...jangan marah ye cik nytt kalau ade yang muka tak lawa "banyak" dimasukkan...tak lawa pon you still have your mr.ayie kan,so no need to worry lahh

kami masa lawatan asrama sekolah menengah
ni pon masa lawatan jugak

masa annual dinner form 5
pon masa annual dinner form 5
masa rehlah anak kelantan cfs kat ulu yam
masa minggu orientasi cfs



kepenatan selepas berlari dalam hujan
dekat ts masa alim2 kucing
muka tak mandi and tak gosok gigi kat puncak genting...opss


mereka dating pon aku ikootttt...hehe,actually ni masa keluar bukak puasa geng2 kami =)
boleh cakap ni masa sesi suai  pertama geng kami di midvalley

kat puncak broga pon dia ada sekali taw!!!hehe
 kesimpulannya,dah banyak aku ngan cik nytt lalui bersama sehingga saat ini dan aku rasa mungkin aku sedikit sedih kalau dia dah kawen ngan incik ayie nanti sebab nanti dah takde orang nak dengar cerita,masalah and my nonsense talk (sambil makan eskrem tengah-tengah malam tepi jalan dekat mahallah aminah and tak balik bilik selagi tak dengar anjing menyalak dan pak guard mengaum)....hik3...aku harap this friendship that we have can be cherished until we die... i luv all my friends!!!!

02 January 2012

siapa benar,siapa salah

SIBUK SANGAT DOK DEMONSTRASI LAHH, RUSUHAN LAHH 
MASUK PIDATO LAGI BAEK LAHH KALO KAU ADE BAKAT SEMULAJADI TU
TAK PON BERDAKWAH MACAM UAI
NI TAK BUAT TAKOT ORANG-ORANG LAIN
BUAT TAMBAH LAGI PERSELISIHAN FAHAM
ORANG KAFIR NAK MASUK ISLAM PON TAKOT
SEBELUM BUAT TU PIKIR DULU
YANG ADA MAK AYAH
APA PERASAAN MEREKA KALAU KAU SAKIT
YANG PENTING NAK BUAT APA-APA
SOLAT ISTIKHARAH DULU LAGI BAGUS
AGAK-AGAK ALLAH BAGI HINT CAKAP BOLEH
BUATLAH KALAU KAU RASA PERLU


KITA NAK TEGAKKAN KEADILAN
TAPI ADILKAH APE YANG KITA BUAT TU???


aku rasa semua tahu aku cakap pasal apa pasal siapa...tapi aku bukan nak salahkan diorang,just jom sama2 refleks ape yg kita buat tu kita pasti ke betul???cuba rujuk balik al-quran dan sunnah yang kita ada...semua pihak duduk same2 slow talk kan tak salah...tapi pastikan ade langkah2 keselamatan..ngehehe