CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
if you don't like my tales...then,don't read it...FULLSTOP

26 September 2012

political moral and behaviour

Assalamualaikum saya ucapkan kot-kot ada yang terbaca entry ni....eheh,tajuk tu bunyi dah macam topik dalam subjek politikal sains dah saya rasa.
Tajuk tu sebenarnya terpikir untuk assignment UNGS 2050, tapi dah alang-alang sekarang ni kat UIA ni banyak sangat isu-isu hot dan sensasi berkaitan PRK yang kononnya perlukan re-election sebab undian sebelum ni ada masalah teknikal..saya pun dah keliru nak percaya yang mana betul yang mana salah.Maklumlah, saya tak pergi pun mengundi hari tu, malas nak beratur panjang-panjang..

aku keliru, menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju
rasa resahku kian celaru
dengan PRK dalam U
(ini lagu bunkface versi aku)

sempena pelbagai pandangan serta rungutan yang saya lihat dan baca dalam IIUM online, iaitu salah satu group dalam FB yang popular dalam kalangan pelajar-pelajar UIA....saya terasa terpanggil untuk tujukan sebuah lagu yang saya tengah dengar dan dapat ilham nak tulis post ni....ekekekeke...from IN-TEAM : akrab persahabatan.


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua 
saya pon tak tahu lagu ni ada kaitan ke tidak dengan PRK ni, tapi satu yang saya tahu lagu ni tentang ukhuwah dan persaudaraan sesama MUSLIM dan MUSLIMAH. Mungkin lagu ni lebih ditujukan untuk tujuan bersahabat tapi.....biarlah dah ni daripada pandangan saya...haha...tengok which line yang saya highlight tu...sebabkan dendam, hasad dengki, tamak dan lain-lain yang sewaktu dengannya maka terjadilah kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.Kemudian mengundang kepada fitnah dan curiga masyarakat. Individu yang difitnah dan jugak pihak-pihak yang terlibat jugak pasti ada yang terasa hati atau mungkin tidak. Manalah tahu kot-kot depa semua tu hati kering, kosong je bak kata NAJWA LATIF....

segala kata cacian
 yang telah engkau berikan
buat hatiku rasa kosong kosong
ohh ohh

tak kurang juga ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kasar dan berbaur kurang ajar dek kerana dok ikot rasa marah dan geram yang mungkin jugak boleh menyebabkan perpecahan dan perpaduan masyarakat yang terbabit dengan UIA tidak kira pelajar, pensyarah, staff, security guards dan jugak pihak pentadbiran...mak cik-mak cik cleaner mungkin jugak boleh join sama. 

dah takde apa la kot yang saya nak kata, modal lagu pun dah takde ni. Apa-apa pun, yang penting jangan sampai UIA dipandang serong oleh masyarakat luar dengan pelbagai jenis kes yang telah berlaku sebab SAYA SAYANG UIA sebenarnya. 

re-election nanti saya pergi la kot mengundi...kehkehkeh...now, perlu buat research and siasatan sikit siapa yang patut dipilih....eheh... dah semua calon tu saya tak kenal, kang salah pilih kang ada jugak buat second re-election pulak....hahahaha....


 
gambar pro-M tu takde kena mengena pun sebenarnya, aku cilok kat internet je. haha..we love IIUM tu motifnya.







p/s : malam ni ada kelas parenting pulak dah....sayonara... 우리가 다시 만날 때까지