CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
if you don't like my tales...then,don't read it...FULLSTOP

09 March 2012

gembira yang sekejap

hari ni aku nak tulis bahawasanya aku sudah berjaya membeli sebuah basikal untuk aku kayuh ke kelas dan bersiar-siar sekitar universiti aku dan aku sangat-sangat bahagia
aku membeli basikal bersama-sama dua lagi sahabat aku
kami berbasikal dengan riang ke kampus
tiba-tiba basikal kawan aku rosak dan aku tahu dia sangat sedih sebab kami baru beli basikal tu tak sampai sehari lagi
aku cuba meletakkan diri aku dalam situasi kawan aku
serius mesti aku rasa macam nak nangis walaupun yang rosak hanyalah sebuah basikal dan bukanlah sebijik audi,mazda ataupun wolkswagen
aku harap esok pak cik basikal tu boleh datang repair basikal kawan aku
kami masih ingin berbasikal
walaupun kami bertiga begitu gembira tadi tapi ianya hanyalah sekejap
kami harap apabila basikal tersebut telah dibaiki
kegembiraan kami akan berterusan serta diiringi dengan kesyukuran
itulah cerita aku untuk hari ini
sekian......


moral of the story: dalam hidup yang sementara di dunia ini,tak usahlah terlampau bergembira dengan apa yang kita ada kerana semuanya hanyalah sementara dan harus diingat akhirat itu yang abadi setelah kegembiraan yang kita nikmati sekejap cuma di dunia ini...bukanlah tidak boleh bergembira tetapi harus diiringi dengan rasa syukur yang tak terhingga kepada ALLAH S.W.T yang telah memberikan segala-galanya kepada kita dengan percuma tanpa apa-apa bayaran....yang penting kita cuma perlu mengikut apa yang disuruhNya dan menjauhi laranganNya...amin ya rabbal alamin